Ahlan Wahsahlan ! dot dot: Fakta menarik mengenai COKLAT
/

27 Oct 2012

Fakta menarik mengenai COKLAT


Hye korang semua ! Wat pe tu ? da mamam ? hmm.. la " kami " lapaq la .
hmm..mlm ni " kami " merajok . :-(
" Kami " x mo mkan . huhu .
taw dak nape ? ini semua di sebabkan pasal coklat . waaa :-(
Ptg td " kami " p online kat sebuah tempat ni , n then " kami " lpe nak bwk coklat " kami " .
dekat senja " kami " pn lek uma ..  Hajat lek uma nk wat kek pandan ..
tp kami check dlu coklt kami de lg ke dak .
hmm rpe2 nye tggl 3 biji je ..
ampa smua taw dak coklatu vochele yg dalam kotak tin tu ?
kan dia bujuq2 kan .. sebelum kua de la 5 biji , syg jgk la nak hbskan.. hehe..
ye lah ade lah seseorang yg istimewa ni bg .
hmm.. balik2 dah tggl 3 biji , kami pe lg , nangis la lam bilik..
x tegur adik kami yg mkn coklat kami tu..
kami ni kedekut sikit bile dah tinggal sikit ..
mcm bdk2 kan kami ni ? well itu la diri kami sebenarnye .
kalau mknn tu tinggal sikit mmg kami ade sikit kedekut ..
entah lah .. lain orang lain kot perangai nye..
so endingnye , kami x jd wat kek pandan kami tu .dan berkurung dlm bilik * ayah kami beli bband ptg td *

okey berbalik pade tajuk di atas.. * pnjg dah melalot ni *
FAKTA MENARIK MENGENAI COKLAT 

coklat bukan menyebabkan jerawat, terutamanya di kalangan remaja. 
Ini sama sekali tidak benar. Maklumat sekian lamajelas membuktikan bahawa coklat tidak menyebabkan jerawat. Sebaliknya, amalan pemakanan yang kurang baik, punca utama jerawat, tetapi kita lebih mudah menyalahkan coklat. Perubahan hormon ketika baligh, ditambah pengambilan makanan kurang zink dan banyak iodin, punca utama mengapa jerawat tumbuh. Jerawat biasanya tumbuh apabila seseorang mencapai usia remaja. Pertambahan hormon menyebabkan kelenjar mengeluarkan sebum, yang mengalir ke permukaan kulit secara semulajadi. Jika pengaliranya tersekat, sebum terkumpul lalu membentuk jerawat. Ensiklopedia Dermatologi menjelaskan dengan tepat bahawa pemakanan tiada kena mengena dalam pengurusan jerawat. 

Coklat tidak menggemukkan.
Isu sebenarnya, apabila kita makan berlebihan. Perangkaan terbaru dari seluruh dunia menunjukkan, bilangan orang gemuk kian ramai. Makan sederhana termasuk coklat, diiringi senaman kardiovaskular, adalah rahsia mengekalkan berat badan sihat. Yang penting, tahap kecergasan, bukan hanya kehilangan berat badan. Doktor dan pakar pemakanan, orang terbaik yang boleh menasihati mengenai pengurusan berat badan. Bagaimanapun, petua termudah ialah makan secara sederhana. Sebenarnya, tiada sesuatu makanan tertentu yang boleh menggemukka. Lazimnya, yang menentukan berat badan seseorang ialah jumlah makanan yang dimakan.

Penghidap diabetes boleh makan coklat. 
Dalam tempoh 20 tahun yang lalu, pelbagai perubahan besar dalam nasihat pemakanan diberiakan kepada penghidap diabetes. Persatuan Diabetes Britain, Persatuan Dietitik Amerika Dan Persatuan Diabetes Malaysia kini mengakui bahawa pengambilan gula, atau makanan bergula, dalam jumlah terhad sebagai sebahagian diet tinggi serat dan rendah lemak boleh diterima.Justeru, penghidap diabetis boleh menikmati coklat, tetapi secara sederhana, mengikut nasiahat pakar pemakanan. 

Coklat tidak sebabkan sakit jantung
Dalam kes sakit jantung, coklat juga yang dipersalahkan. Punca utama peningkatan kes sakit jantung di Malaysia ialah gaya hidup kurang sihat dan kurang cergas. Merokok, kurang bersenam, pemakanan tidak seimbang dan berlemak tepu adalah penyebab sebenarnya. Sebaliknya coklat mengandungi antioksidan, dikenali sebagai fenol, yang mungkin mampu mengurangkan tahap kepadatan lipoprotein (kolesterol LDL). Hasil kajian terkini menunjukkan bahawa asid stearik pada mentega koko atau lemak dalam coklat tidak memberi kesan kepada klesterol darah .




okey , itu la yg dapat kami kongsikan .. 
selamt membaca !

p/s : sorry gmbr coklat tak de sbb nk download lembab mcm siput . peace !

glosari : KAMI - saya ( loghat utara )
AMPA - korang ( loghat utara )


Syukran kerana meluangkan mase membaca !

0 comments:

 
Copyright © . All Right Reserved by kekasih ALLAH :)